Saturday, January 16, 2010

tahun lahir anda mengikut bulan Islam (boyz only)..

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna,walaupun
begitu, jika dididik dengan baik, dia
boleh menjadi cerdik kerana bakat
fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik &
selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia x suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan
dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan
mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang
sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.Hatinya tidak
tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah
mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya
itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang
tinggi. Dia berani & nekad, kadangkala
melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya. Walaupun begitu, keberanian &
tekadnya itu akan menunjukkan hasil
usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang
lain. berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau
keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya
keras & tidak mahu mengalah. Semasa
kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah sifat-
sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu
bapanya patut mendidiknya dengan baik
agar dia dapat menerapkan nilai-nilai
yang baik. Ketika sudah dewasa, dia
suka bersikap merendah diri & bersikap
tidak tahu menahu. Ini agak berlainan
dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat & sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat &
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu
kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya
baik, berbudi bahasa hingga semua orang
sayang padanya. Masa dewasanya dia akan
berjaya dalam segala kerjayanya & mudah
mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan
diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia
x suka dikalahkan oleh orang lain. Hal
ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu
bapanya perlulah mendidiknya dengan
betul bagi menghilangkan tabiat
buruknya itu. Jika tidak kehidupannya
menjadi susah kerana perangai keras
hatinya, & dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.Banyak perkara
baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana
sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam
kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala
menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir
untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika
baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu
berlebih-lebih atau sebaliknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan garis
pemisah, dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia seringkali
menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

No comments:

Post a Comment