Saturday, January 16, 2010

Cara tidur pun diajar. Subhanallah

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan
dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang
tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk
orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan
berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu
pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk
syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat
kerehatan..

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

3. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

4. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

5. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

6. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

7. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai
night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur
meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup
aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/ Jin akan bersama-sama
menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur
dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut
perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

No comments:

Post a Comment