Tuesday, January 12, 2010

43 PeRKaRa RiNGaN Yg MenYeKaT ReZeKi anDa...!!!

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki.
Oleh ImamKhalid | 5 bacaan khusyuk

Terdapat beberapa perkara yang
mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab
ditimpa kesusahan dan penderitaan yang
mana pada kebiasaannya kita mengambil
ringan tentang perkara tersebut. Dalam
kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi
Wal Harakah yang disusun oleh Abi
Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-
Habsyi telah diterangkan perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan
seseorang.

43 perkara tersebut ialah:

1. tidak sembahyang atau solat;
2. tidak membaca Bismillah ketikahendak makan;
3. makan atas pinggan yangterbalik;
4. memakai kasut atau sandalmemulakan sebelah kiri;
5. menganggap ringan apa-apa yangterjatuh dalam hidangan makanan;
6. berwuduk di tempat buang airbesar atau air kecil;
7. suka bersandar pada pinturumah;
8. suka duduk di atas tangga;
9. membiasakan diri mencucitangan di dalam pinggan selepas makan;
10. membasuh tangan dengan tanahatau bekas tepung;
11. tidak membersihkan rumah;
12. membuang sampah atau menyapudengan kain;
13. suka membersihkan rumah padawaktu malam;
14. suka tidur di atas muka;
15. membakar kulit bawang;
16. menjahit baju yang sedangdipakai;
17. mengelap muka dengan baju;
18. berdiri sambil bercekakpinggang;
19. tidur tidak memakai baju;
20. makan sebelum mandi hadas;
21. tergesa-gesa keluar darimasjid selepas menunaikan solat subuh;
22. pergi ke pasar sebelummatahari terbit;
23. lambat pulang dari masjid;
24. doakan perkara yang tidak baikterhadap ibubapa dan anak-anak;
25. kebiasaan tidak menutup makanyang dihidangkan;
26. suka memadam pelita dengannafas;
27. membuang kutu kepala dalamkeadaan hidup;
28. membasuh kaki dengan tangankanan;
29. membuang air kecil pada airyang mengalir;
30. memakai seluar sambil berdiri;
31. memakai serban sambil duduk;
32. mandi junub di tempat buang
air atau tempat najis;
33. makan dengan menggunakan duajari;
34. berjalan di antara kambing;
35. berjalan di antara duaperempuan;
36. suka mempermainkan janggut;
37. suka meletakkan jari jemaritangan pada bahagian lutut;
38. meletakkan tapak tangan padahidung;
39. suka menggigit kuku denganmulut;
40. mendedahkan aurat di bawahsinaran matahari dan bulan;
41. mengadap kiblat ketikamembuang air besar atau air kecil;
42. menguap ketika solat; dan
43. meludah di tempat buang airbesar atau air kecil.
Yang mana satu tabiat anda? Renung-
renunglah. Buang yang keruh, ambil
yang jernih. Mudah mudahan kita semua
dimurahkan rezeki, amin.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment