Tuesday, January 12, 2010

BeTaPa iNDaHnYa iSLaM...=)

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa
memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar
najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas
yang pecah atau sumbing. Makruh kerana
ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang
telah digunakan tidak berbasuh. Makruh
dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-
pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH
dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk
membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-
bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu
bapa dan sesama manusia kalau memang
kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang
bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita
sombong apabila berjaya. Kalau gagal
kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia
adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau
haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan
urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu
berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni.
Hantarkan kepada semua saudara islam
yang anda kenal !!
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu
ayat " (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang
besar."

No comments:

Post a Comment